Product Dr Rozmey

Perhatian

25| | |Agent Sah HPM 000816 sejak 2008 lagi, sila dapatkan secara online, barangan kita tidak di jual di farmasi, kiosk, kedai jamu call 0193787698/01135519148| | |45

Mac 15, 2013

Testimoni DR101


Testimoni anak sendiri, puashati melihat perkembangan beliau skrg ini, DR101 memang boster minda terhebat abad ini

Posted by Kak Tie at 12:43 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Mac 06, 2013

Testimoni DR101


Posted by Kak Tie at 9:39 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Testimoni Jusmate 5


Posted by Kak Tie at 9:33 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Mengerjakan Umrah dengan Dr Group 24 feb 2012 - 8 hb march 2012

Mengerjakan Umrah dengan Dr Group 24 feb 2012 - 8 hb march 2012

Kita tidak pernah melantik sesiapa menjual barang di kiosk atau farmasi

Perhatian!!! Perhatian!!! Perhatian!!! Perhatian!!!Perhatian!!!
Adalah dengan ini di maklumkan pihak Syarikat tidak pernah melantik sesiapa pun menjadi stokist di kiosk, farmasi, kedai ubat, kedai Jamu. Barangan kita adalah barangan yang di kawal dan tidak boleh di jual di kedai, Pesanan hanya melalui online sahaja, hanya agent terpilih sahaja yang boleh menerima pesanan byhand di lokasi terpilih sahaja.

Add kak tie di facebook

Kak Tie Siti Patimah Reka Lencana Anda

Gambar dlm Metro

Gambar dlm Metro

Kak tie di Majalah Femenin 2009

Kak tie di Majalah Femenin 2009

Cara Membuat Belian

Bagi anda yang ingin membuat pesanan, sila click cara membuat belian dan isi borang pesanan ya, mudah saja atau call saya di 0126898481


Resdung Pulih Dgn DR II

Resdung Pulih Dgn DR II

Downline 5 angka

Downline 5 angka

Malu bila suami tegur wajah berjeragat, kalau kawan tegur lagi segan kan

Malu bila suami tegur wajah berjeragat, kalau kawan tegur lagi segan kan

Begitu menakjubkan berpuluh tahun guna ubat Doctor, akhirnya dgn DR II beliau kembali pulih

Begitu menakjubkan berpuluh tahun guna ubat Doctor, akhirnya dgn DR II beliau kembali pulih

Jerawat, Jeragat, Parut pulih dgn DR II

Jerawat, Jeragat, Parut pulih dgn DR II

Readers

Blog Stats

Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  Julai (1)
  • ►  2017 (2)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2015 (2)
    • ►  Oktober (2)
  • ►  2014 (3)
    • ►  Disember (3)
  • ▼  2013 (7)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ▼  Mac (3)
      • Testimoni DR101
      • Testimoni DR101
      • Testimoni Jusmate 5
  • ►  2012 (3)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
  • ►  2011 (11)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
  • ►  2010 (4)
    • ►  Februari (4)
  • ►  2009 (24)
    • ►  Disember (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2008 (25)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (19)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (1)

No ahli HPM 00816

No ahli HPM 00816

Labels

  • Borang Pesanan (1)
  • Cara Pembelian (1)
  • Doc-K (1)
  • ESPRESSO–XY (1)
  • GAIN 5 (1)
  • Harga (1)
  • Herba Prima Marketing (3)
  • Jus DR-II (1)
  • Jus Diet Mate 5 (11)
  • Kisah Kejayaan (9)
  • Produk (10)
  • Rawatan Penyakit (3)
  • Soal Jawab Bersama Doktor (7)
  • Tips Diet (9)
  • dR 8 (1)
  • dR Betes (1)
  • dR Q10 (1)
  • dR Silky (1)

Bersiaran di Nasi Lemak Kopi 0 Tv9 14.05.2011 8.30 pagi

Bersiaran di Nasi Lemak Kopi 0 Tv9 14.05.2011 8.30 pagi

Harga Product


Semenanjung
Sekotak RM222
3 Kotak RM508.80 + keahlian percuma

Sabah/Serawak/Langkawi
1 kotak EM232.20 (Bukan Ahi)
1 kotak RM180.20 (Ahli)
3 kotak RM540.60


Lelaki Mudah Gendut

Gendut berpunca daripada ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga. Ini ditambah dengan tiada perubahan dalam tabiat dan pengambilan makanan berlemak dan tinggi kalori.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, kombinasi pengambilan nutrisi berlebihan ditambah pula dengan gaya hidup lebih banyak duduk adalah punca utama obesiti epidemik.

“Selain malas bersenam, perubahan persekitaran fizikal juga mempengaruhi keadaan ini. Antara lelaki dan perempuan, lelaki cenderung untuk menjadi gendut apabila usia semakin meningkat.

“Lelaki seperti juga perempuan ‘bergelut’ dengan isu pertambahan berat badan atau gemuk sepanjang usia. Begitupun, ada yang tidak menyedari pertambahan dalam ukur lilit perut mereka,” kata Pakar Penyelidik Obesiti ini.
DDR memberitahu bahawa, gemuk atau gendut sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan diet yang betul dan senaman. Senaman untuk setiap individu, tua dan muda tidak sama.

“Apabila usia meningkat misalnya, selain mengubah menu makanan anda juga perlu tahu senaman sesuai untuk terus kekal langsing atau menurunkan berat badan.
“Secara umum, untuk menurunkan berat badan anda perlu ‘membakar’ sebanyak mana kalori yang anda ambil. Maksudnya elak makanan tinggi lemak dan karbohidrat dan makan dalam kuantiti yang kecil.

“Jadikan ‘pembakaran’ lemak sebagai aktiviti rutin. Walau di mana anda berada di rumah atau pejabat, lakukan bila berkesempatan. Misalnya, gunakan tangga untuk ke kantin atau ke surau.

Begitupun turun naik tangga lakukan dengan menggunakan kasut bertapak rendah bukan kasut bertumit tinggi,” tambahnya lagi.

Ujian Cubitan Untuk Ukur Lemak

Gemuk atau obesiti merupakan perkara yang tidak disukai ramai kerana keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu kelihatan besar dan tidak menarik. Ini akan membawa kepada rasa rendah diri dan kurang yakin ketika berada di khalayak ramai.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengetahui diri sudah gemuk ataupun tidak. Salah satu cara yang paling ramai aplikasikan ialah dengan mengira BMI (Body Mass Index).
Satu lagi cara lain ialah dengan membuat ujian cubitan di antara pusat dan tulang pinggul. Apa yang anda perlu lakukan ialah ukur cubitan ini. Lapik kulit yang melebihi 25mm (1 inci) menunjukkan berat anda sudah berlebihan.

Justeru, perkara yang perlu anda lakukan ialah memulakan azam untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan cara pemakanan yang seimbang disamping senaman yang mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Makanan Segera Punca Kegemukan

Makanan segera atau ‘fast food’ sering menjadi pilihan kanak-kanak apabila mereka dibawa keluar sama ada untuk bersiar-siar atau membeli-belah. Pastinya, restoran makanan segera menjadi pilihan utama, apatah lagi jika set makanan itu turut menyediakan permainan.

Namun, ibu bapa sepatutnya mendidik dan melatih anak mereka supaya mengamalkan diet seimbang, iaitu mengambil semua jenis makanan yang membekalkan karbohidrat, protein, fibre atau serat dan kalsium.

Pakar Penyelidik Obesiti, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, ibu bapa harus menghadkan pengambilan makanan segera kepada anak-anak mereka iaitu seminggu sekali sahaja.

“Makanan segera banyak mengandungi lemak dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kegemukan kepada kanak-kanak tersebut.

“Sebagai ibu bapa, sebaik-baiknya anda perlulah melatih anak-anak untuk tidak kerap mengambil makanan segera sejak peringkat awal lagi kerana makanan segera mengandungi banyak gula dan garam yang boleh mengakibatkan kegemukan diperingkat awal kanak-kanak,” ujar DDR.

Menurutnya lagi, melatih kanak-kanak untuk mengamalkan makanan yang seimbang sememangnya sukar kerana kanak-kanak ini sering terdedah dengan makanan di kedai-kedai dan kantin sekolah yang kebanyakkannya menjual makanan bergoreng dan mengandungi penambah perisa yang banyak.

“Justeru, ibu bapa disarankan untuk membekalkan mereka dengan makanan yang dimasak sendiri. Kreativiti harus ada supaya dapat menarik minat anak-anak untuk menikmati makanan yang dimasak berbanding membelinya di luar.
“Selain dapat mengamalkan diet yang baik, anak-anak juga dapat belajar berjimat cermat. Dan nyatakan kepada mereka bahawa dengan wang saku yang tidak digunakan, bolehlah disimpan supaya mereka dapat membeli barangan yang mereka mahu selain disimpan sedikit ke dalam bank,” nasihat DDR kepada para ibu bapa.

Khasiat Sayuran dan Ulam Ulaman

Dalam dunia moden, semua orang sibuk mengejar masa hingga mengabaikan kesihatan diri. Masih cukupkah pengambilan berpuluh biji pil vitamin dalam pelbagai bentuk dan warna setiap hari?

Kononnya sebagai pelengkap sajian yang dapat menampung kekurangan vitamin dan zat-zat dalam badan. Sedarkah kita sumber vitamin dan zat semulajadi yang terkandung di dalam sayur-sayuran tidak kurang banyaknya berbanding pil-pil tersebut.

Telah terbukti sayuran berdaun hijau seperti cekur manis, kangkung dan kailan mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi. Manakala Vitamin C pula banyak di dapati dalam lobak merah dan pucuk ubi.
Sayur-sayuran boleh disediakan dalam pelbagai cara. Namun begitu, cara yang terbaik adalah dengan memasaknya dalam masa yang pendek agar dapat mengekalkan sumber protien dan vitamin serta zat-zat yang terkandung di dalamnya.

Selain sayur-sayuran, ulam-ulaman juga mengandungi Serat, Vitamin A, Vitamin C, Asid folik dan Zat galian. Malah kajian saintifik juga membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghadaman , mengurangkan lemak dan juga merendahkan kadar kolestrol dalam badan seseorang malah warga emas juga mendakwa pelbagai penyakit dapat disembuhkan termasuklah kencing manis, darah tinggi, strok dan penyakit berbahaya yang lain.

Rakyat malaysia disarankan supaya mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman agar kulit kekal sihat dan awet muda. Selain itu,ianya juga dapat menghindarkan diri daripada dijangkiti penyakit berbahaya yang semakin menular.

Senaman Kecilkan Pinggan

Ramai orang yang ingin mengurangkan saiz ukur lilit pinggang mereka. Ini bagi mendapatkan bentuk pinggang yang menawan.

Lemak yang tersimpan disekitar abdomen hanya boleh dikurangkan melalui diet dan senaman. Diet yang seimbang dengan mengurangkan pengambilan kalori mampu mengecilkan saiz pinggang.

Senaman aerobic dan kardio juga boleh membakarkan lemak di dalam badan. Latihan bangkit tubi adalah digalakkan supaya otot-otot disekitar abdomen dapat digerakkan.

Untuk mengkompleman usaha mengecilkan pinggang, program nyahtoksin boleh dilakukan untuk menyingkirkan toksin-toksin yang selalunya tersimpan dalam tisu adipos.
Senaman ‘twist’ juga bagus dilakukan untuk mengecilkan saiz pinggang kerana gerakan ini banyak melibatkan pergerakan pinggang.

KUNYAH MAKANAN PERLAHAN ELAK GAS TERBENTUK

Tahukah anda bahawa mengunyah makanan dengan cepat merupakan salah satu faktor penyebab perut banyak angin, dan buncit kerana makanan ini tidak dapat dihadam dengan baik.

Makan dengan gelojoh dan menelan terlalu cepat akan mengakibatkan udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.
Inilah yang menyebabkan perut mengembung dan sekaligus buncit. Untuk mengatasinya, anda perlulah duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Sebaik-baiknya, kunyah makanan sehingga benar-benar hancur.
Makanan yang tidak terkunyah akan menjadi bahagian-bahagian kecil yang tidak dapat dicerna dengan sempurna dan kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Cabaran Menurunkan berat badan


BERAT badan wanita sentiasa berubah bergantung pada peristiwa harian yang dialaminya. Antaranya adalah mengandung, masalah emosi dan perubahan persekitaran pekerjaannya.

Kebanyakan wanita moden akan mengalami tekanan dalam isu diet dan mengekalkan berat badan ideal.

Melangsingkan tubuh selalunya dianggap hanya memperbaiki penampilan luaran. Tetapi, berat badan berlebihan adalah salah satu faktor risiko paling utama yang menjurus kepada pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah kencing manis jenis II, penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi, penyakit sendi, sakit belakang, penyakit jantung koronari dan penyakit pundi hempedu.

Kadar metabolisme yang tinggi dapat menolong seseorang itu membakar kalori yang berlebihan dengan berkesan dan seterusnya mengurangkan penyimpanan lemak.

Gen, umur, nisbah otot dengan lemak merupakan antara perkara penting yang menentukan kadar metabolisme seseorang.

Sesetengah individu mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi secara semula jadi. Hal ini disebabkan oleh gennya.

Berat ideal

Seseorang dikatakan mempunyai berat badan berlebihan jika BMI (Indeks Jisim Badan) melebihi 25. Seseorang juga digolongkan sebagai gemuk gedempol jika BMInya melebihi 30. BMI dikira dengan rumusan kg/m2, di mana kg adalah berat badan dan m adalah ketinggian dalam meter.

Jika anda mengalami berat berlebihan, anda haruslah cuba untuk mencapai BMI yang ideal (antara 18.5 dan 25). Jika BMI anda melebihi kadar yang ideal, anda haruslah menurunkan berat badan anda untuk mencapai tahap BMI yang ideal.

Satu cara lain untuk mengira adalah dengan nisbah pinggang dan pinggul anda:

Pengiraan: Lilitan pinggang dan pinggul dalam inci.

Bentuk tubuh anda.

*Jika nisbahnya melebihi 0.8, anda berbentuk epal.

*Jika nisbahnya ialah 0.8 atau kurang, anda berbentuk pir.

Kebanyakan orang menyimpan lemak badannya dengan dua cara berbeza:

*Di sekeliling pertengahan badan (berbentuk epal).

*Di sekeliling bahagian pinggul (berbentuk pir).

Nisbah pinggang ke pinggul bergantung pada kadar lemak yang tersimpan di bahagian pinggang dan pinggul anda.

Bentuk badan risiko kesihatan:

*Bentuk epal, berat yang berlebihan pada perut. Risiko kesihatan yang lebih tinggi.

*Bentuk pir, berat yang berlebihan pada bahagian pinggul atau paha. Kurang risiko kesihatan.

Bantuan melangsingkan tubuh

Melangsingkan badan secara praktikal bermakna menyingkirkan berat sebanyak dua hingga tiga kilogram sebulan.

Menghilangkan berat badan bermaksud menghilangkan lemak badan yang berlebihan dan bukan cecair badan. Program pelangsingan yang ekstrem selalunya menghilangkan cecair badan dan bukannya lemak.

Program pelangsingan yang ekstrem akan menyebabkan kehilangan air. Kehilangan air menyebabkan kulit badan menjadi lemah dan kadangkala ia menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit.

Adalah mitos jika produk melangsingkan badan seharusnya membawa kesan cirit-birit.

Tip

Cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan adalah:

*Kurangkan pengambilan makanan sebanyak empat peratus.

*Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari.

*Bersenam sekurang-kurangnya lima hari seminggu.

Penurunan berat badan bergantung pada jumlah lemak yang berada dalam badan seseorang.

Agar Kulit Wajah Tetap Bersih dan Segar

Kulit wajah yang kering menjadikan kulit tidak segar dan kuyu yang disebabkan oleh kurangnya rawatan dan cuaca.

Pada musim hujan, suhu udara yang dingin, sering kali membuatkan kulit wajah dan tubuh menjadi kering, gatal, dan mudah teriritasi.Kulit yang kering harus segera dirawat.

Berikut adalah cara merawat kulit wajah agar bersih dan segar. Kualiti air benar-benar mempengaruhi kesihatan kulit. Pastikan kualiti air yang digunaka bersih,bebas bau dan bebas dari kotoran. Andrea Cambio, ahli dermatologi di Cape Coral, Florida, menyarankan orang ramai meminum teh hijau kerana minuman panas boleh mempengaruhi kemerahan pada kulit.

Kandungan epigallocatechin gallate (EGCG) boleh mencegah kerosakakan kolagen yang mempengrauhi kepada pembentukan kerutan seperti kulit yang rosak akibat sinar matahari. Stres meningkatkan produksi hormon kortisol pada tubuh dan mengurangkan kemampuan kulit untuk melawan bakteria penyebab jerawat.

Anda mampu mengurangkan stres dengan cara melakukan latihan yoga, latihan pernapasan atau meditasi. Latihan-latihan itu akan membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, psoriasis, rosacea, dan seborrhea. Kulit dapat diperbaiki pada waktu tidur. Sekiranya anda kurang tidur, tubuh akan mengalami stress sehingga mengeluarkan adrenalin dan kortisol yang menyebabkan tumbuhnya jerawat dan akan mengalami masalah kulit lain. Tidurlah selama 7-8 jam sehari.

Sebagai alternative, anda di saran mengambil DR II yng merawat seluruh kulit kita

Kesilapan Semasa Bersenam

Masih ramai yang tidak tahu akan sebenarnya senaman memerlukan tertib bagi mengelakkan kesilapan berlaku semasa bersenam.

Antara sebab-sebab berlakunya kesilapan seperti berikut: Bersenam Keterlaluan
Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan.

Jika anda bersenam berat pada hari ini, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.Tidak memanaskan badanGerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang-kurangnya selama lima minit.

Beban yang terlalu berat
Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

Terlalu cepat dan awal
Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.Langkah yang silapBersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.

Tidak minum secukupnya

Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya

Makan terlalu sedikit
Tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pipihan yang baik

Kenapa Diet Gagal

Setiap insan terutamanya wanita pasti menginginkan bentuk badan yang cantik dan menawan.

Terdapat cara terbaik untuk menggunakan diari diet untuk dijadikan rujukan pengambilan kalori setiap hari.

1. Catatkan berat badan anda. Buat sekali catatan tentang ukuran pinggang, paha, dada, pinggul, tekanan darah, dan kadar kolestrol.

2. Tentukan sasaran berat badan yang perlu anda turunkan dalam jangka masa sebulan akan datang.

3. Cuba tentukan sasaran untuk menurunkan berat badan dalam tempoh seminggu antara ½ hingga 1 kg.

4. Tentukan tahap kalori yang boleh membantu anda menurunkan berat badan mengikut tahap-tahapnya. Contoh kalori yang disarankan ialah 1000-1500 kalori.

5. Catatkan semua makanan, minuman atau kudapan yang telah anda ambil. Kira jumlah kalori dan lemak.

6. Catat latihan/senaman yang telah anda lakukan setiap hari. Mula buat sasaran untuk membakar kalori sebanyak 2500-3000 kalori setiap hari.

7. Hasilnya pada malam hari, buat pengiraan pengurangan kalori makanan dan kalori latihan yang dilakukan.

8. Pada hujung minggu pula, buat pengiraan dan hasil yang telah anda gunakan untuk kalori dan lemak.Buat lakaran grafik pada diari anda tadi untuk melihat kekurangan berat badan yang telah anda capai.

Jusmate tidak sesuai untuk ibu hamil

JUS MATE 5 TIDAK SESUAI UNTUK IBU YANG HAMIL
Kongsi
Semalam pada pukul 5.10 ptg
JITRA, 12 April (HPM) – Produk nombor satu Malaysia, Jus Mate 5 (JM5) merupakan produk makanan kesihatan yang boleh menurunkan berat badan dengan efektif.
Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, produk ini hanya sesuai untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan sahaja.

“Namun begitu, produk ini juga boleh membantu wanita yang susah untuk mendapatkan zuriat kerana kandungan bahan dalam JM5 mampu menstabilkan hormon.

“Tetapi, ibu mengandung adalah dilarang untuk menggunakan JM5 ini kerana anak di dalam kandungan memerlukan zat yang mencukupi,” tegas DDR.

Menurut pengasas JM5 ini, ketika mengandung si ibu akan mengalami kenaikan berat badan kerana perkembangan bayi dan saiz sel-sel ibu untuk persediaan secukupnya selama tempoh mengandung dan bersalin serta proses susuan bayi.
Justeru, ibu mengandung perlu sentiasa menjaga pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori yang tinggi supaya berat badan tidak bertambah.

Makanan Untuk Kekal Langsing

Makanan adalah penting untuk kehidupan seharian. Darinya, tenaga akan diperoleh untuk kita menjalankan aktiviti harian. Tanpa tenaga, kita akan lemah dan sugul.Namun begitu, jika makan dengan kerap akan mengundang masalah lain seperti kegemukan atau obesiti. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kuantiti makanan yang diambil bertepatan dengan nutrien yang diperlukan.

Untuk kekal langsing dan sihat, anda perlu makan dengan sikit dan sederhana namun kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.Anda perlu amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak.

Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar.Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak.Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Kajian mendapati memakan makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kurang rasa lapar. Pengambilan protein boleh diambil seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Minum air putih adalah terbaik dan perlu diamalkan setiap masa. Air yang diminum 30 minit sebelum mengambil makanan berat dapat mengurangkan rasa lapar dan sudah tentu anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit.

Khasiat Tembikai

Buah tembikai atau Citrullus Vulgaris kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan.

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh, selaim kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan lycopene, kaya dengan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser. Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825miligram kalium.

Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri. Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.

Elakkan Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal akan mengakibatkan lebih banyak kemudaratan seperti strok, serangan jantung, buta dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Berikut ialah amalan diet untuk mengurang dan mengelakkan daripada mendapat tekanan darah tinggi:

• Amalkan diet sihat yang mengandungi daging ayam atau ikan dengan memastikan segala lemak dan kulit dibuang terlebih dahulu.

• Masak menggunakan minyak kelapa sawit membuatkan makanan lebih enak dan bagi mengelakkan sebarang kemudaratan berlaku, ada baiknya gantikan minyak sawit dengan minyak sayuran.

• Minyak sayuran yang boleh digunakan ialah minyak jagung, kacang soya, zaitun dan bunga matahari

• Kurangkan pengambilan kuning telur, seboleh-bolehnya hanya tiga biji seminggu.• Pelbagaikan cara masakan dan jangan hadkan diri dengan memasak sekadar menggoreng atau menumis.

• Produk tenusu memang baik untuk kesihatan, tapi elakkan yang mengandungi lemak dan amalkan keju atau yogurt rendah lemak.

MAKANAN SEGERA BAHAYAKAN KESIHATAN

Makanan segera atau lebih popular dengan ‘fast food’ memang sedap untuk dinikmati, tambahan lagi ianya mengenyangkan
Namun, makanan segera lebih banyak keburukan daripada kebaikan kerana mengandungi bahan-bahan yang boleh mendatangkan kegemukan dan memudaratkan kesihatan.

Makanan segera ini hanya mengandungi sedikit khasiat pemakanan dan kini pelbagai restoran makanan segera tumbuh bagai cendawan selepas hujan seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Mc Donalds, Burger King dan sebagianya.

Tubuh badan seseorang memerlukan makanan yang seimbang dalam proses tumbesarannya dan makanan segera tidak memenuhi spesifikasi ini kerana berminyak serta mengandungi kadar kolesterol yang tinggi.Jika selalu diamalkan makan makanan segera ini, ia boleh membawa kepada penyakit yang berbahaya seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya

Tips atasi masalah perut buncit

Bagi setiap orang, mengalami perut buncit adalah sesuatu yang memalukan kerana ia dilihat sebagai salah satu punca yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Berikut adalah tips untuk mengatasi masalah perut buncit:

Bersarapan dengan Yogurt
• Pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dipercayai dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.

Jangan gelojoh ketika makan
• Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk dihadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.

Kurangkan pengambilan garam
• Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memaksa air keluar dari sel badan dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Minum air
• Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan serat yang tepat
• Pengambilan serat dari buah-buahan seperti pear dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.

Punca Badan Berbau

Masalah badan berbau tidak asing lagi kepada masyarakat kerana boleh menimbulkan rasa kurang selesa biarpun kepada si pembawa mahupun orang disekeliling samada di rumah, tempat kerja, tempat awam dan sebagainya.

Selain itu ianya juga boleh menghakis keyakinan diri seseorang yang mengalami masalah (badan bau) untuk berhadapan dengan orang lain.Sesuatu penyakit biasanya saling berkaitan diantara satu sama lain dan untuk mengatasi penyakit tersebut perlulah terlebih dahulu mengetahui apakah punca sebenar sesuatu penyakit.

Masalah bau badan boleh terjadi akibat dua faktor iaitu sistem pencernaan bermasalah, tidak berfungsi sepenuhnya yang disebabkan oleh masalah hati,hempedu,ginjal di mana penapisan tidak berlaku sepenuhnya sehingga bahan tersebut dikeluarkan melalui peluh.

Kehadiran bakteria di kawasan peluh yang menjalankan aktiviti akan menghasilkan sisa-sisa perkumuhan juga boleh mengeluarkan bau.

Khasiat Buah Naga

Buah yang kaya dengan antioksida dan vitamin c ialah buah naga dimana terdapat potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Kajian juga menunjukkan buah naga boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama juga menurunkan kadar lemak dalam badan.Secara keseluruhannya, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit), kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Terdapat beberapa vitamin yang terkandung dalam buah naga yang mengandungi zat besi untuk menambah darah,vitamin B1 mengawal kepanasan badan vitamin B2 menambah selera, vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol)dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)

Terdapat satu lagi fakta yang menakjubkan berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok dan sering dijadikan pencuci mulut yang lazat.

Khasiat Air Kosong

Amalan meminum air kosong 7 hingga 8 gelas setiap hari adalah baik untuk menyingkir toksik melalui 'sistem perkumuhan' dan mengekalkan kesihatan buah pinggang serta dapat tingkatkan metabolisme badan dimana air kosong juga 100 peratus bebas kalori, kafein dan bahan kimia.

Selain daripada itu, air kosong juga membantu mendapatkan tubuh badan yang kekal langsing, kulit yang cerah serta bebas dari jerawat. Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini, terutama mereka yang biasa minum minuman bergas dan bergula. Pengambilan 8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh dan jadikanlah air kosong sebagai 'menu wajib' harian anda jika ingin wajah yang berseri dan langsing.Japanese Medical Society berjaya membuktikan amalan minum air kosong sebaik bangun tidur setiap pagi mampu memulihkan penyakit termasuk serius.

Antaranya ialah sakit kepala, sakit badan, sistem jantung,arthiritis, degupan jantung pantas, epilepsi, peningkatan kolesterol, bronchitis, TB, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Tags

  • Borang Pesanan (1)
  • Cara Pembelian (1)
  • Doc-K (1)
  • dR 8 (1)
  • dR Betes (1)
  • dR Q10 (1)
  • dR Silky (1)
  • ESPRESSO–XY (1)
  • GAIN 5 (1)
  • Harga (1)
  • Herba Prima Marketing (3)
  • http://2.bp.blogspot.com/_gQof1BPygtY/TN64evhttp://2.bp.blogspot.com/_gQof1BPygtY/TN64evGv97I/AAAAAAAAAss/MHXvmn7G0ZU/s400/pic-1.jpgGv97I/AAAAAAAAAss/MHXvmn7G0ZU/s1600/pic-1.jpg (1)
  • Jus Diet Mate 5 (11)
  • Jus DR-II (1)
  • Kisah Kejayaan (9)
  • Produk (10)
  • Rawatan Penyakit (3)
  • Soal Jawab Bersama Doktor (7)
  • Tips Diet (9)

Iklankan Perniagaan Anda di Sini

Hyprobulksms

Tips Kekal Langsing

Makanan adalah penting untuk kehidupan seharian. Darinya, tenaga akan diperoleh untuk kita menjalankan aktiviti harian. Tanpa tenaga, kita akan lemah dan sugul.

Menurut Pakar Penyelidik Obesiti, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), untuk kekal langsing dan sihat, masyarakat dinasihatkan untuk makan dengan sikit dan sederhana namun kerap supaya tubuh tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.

“Amalan pemakanan yang rendah kalori dan rendah lemak harus menjadi sebahagian dari hidup kita supaya kegemukan tidak akan berlaku. Makanlah makanan yang mengandungi banyak kandungan air sepeti buah-buahan kerana ianya boleh mengurangkan rasa lapar.

“Untuk kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi , salad merupakan makanan yang sesuai untuk dimakan sebelum menu utama. Lagipun, kumpulan makanan ini selain mengandungi kandungan air yang banyak, ia juga merupakan serat yang bagus untuk penghadaman kita,” kata DDR.

Tambahnya lagi, masyarakat harus mengutamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Kajian mendapati memakan makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kurang rasa lapar. Pengambilan protein boleh diambil seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

“Minum air putih atau air masak adalah terbaik dan perlu diamalkan setiap masa. Air yang diminum 30 minit sebelum mengambil makanan berat dapat mengurangkan rasa lapar dan sudah tentu anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit.
“Makanan sebegini harus diamalkan untuk diet yang sihat supaya dapat mencegah dari pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan,” ujarnya lagi.

Sebab Berat Lambat Turun

SEBAB BERAT BADAN LAMBAT TURUN
Ramai pengguna Jus Mate 5 (JM5) yang mengadu sukar untuk menurunkan berat badan walaupun telah mengikuti diet pemakanan yang telah disarankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, mereka yang sukar menurunkan berat badan adalah disebabkan kalori berlebihan. (Maksudnya makan banyak ler tu)

Menurutnya lagi, faktor lain seperti pengambilan pil langsing serta pil perancang keluarga boleh menghalang proses pembakaran lemak oleh badan. (Walau kita sudah berhenti lama, ia tetap memberi kesan, jadi kena ambil jusmate 2 kali sehari yer, tak boleh mengelat)

“Walaupun kalori sudah dikurangkan dan mengambil Jus Mate 5 (JM5) untuk meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak, faktor-faktor yang dihalang oleh pil mengandungi bahan kimia ini boleh merosakkan sel dan menggangu proses penurunan berat badan.

“Terdapat juga pengguna yang masih tidak dapat menahan nafsu lapar pada permulaan pengambilan JM5,” kata pengasas JM5 ini. (ini boleh di atasi dengan minum air putih banyak, jusmate 5 kena minum 2 kali sehari)

Namun katanya, jika penguna sanggup mengambil air kosong, minum JM5 dua kali sehari dan makan sedikit sayur dan buah-buahan, sudah pasti mampu menurunkan berat badan dengan cepat. (betul tak akak cakap, solutionnya sama, kena guna jusmate 5 2 kali sehari), disiplinkan diri, hari hari guna pasti mengecut badan tu, nak buang lemak bukan macam keluarkan air dari belon, boleh hilang serta merta, kena la guna hari hari dan jangan lupa senaman yer)

AWAS PRODUK TIRUAN

Menciplak atau meniru hasil karya orang lain sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan.Itulah yang dihadapi oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din apabila Jus Mate 5 dan DR-II telah diciplak oleh manusia yang bergelar lanun.Terdapat seorang pelayar laman ‘Facebook’ yang menyatakan bahawa beliau menjumpai produk ini dijual dengan harga yang jauh lebih murah dengan menggunanakan bahan yang hampir sama.

Menurutnya lagi, kesan dan rasanya pun sama sehinggakan jenama produk juga sama.Ejen terbabit yang menjual produk tiruan itu turut menyatakan bahawa produk itu adalah dari Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM). Pengedar lain turut menyatakan masalah yang sama.

Ada pengedar memberitahu bahawa terdapat banyak Jus Mate 5 tiruan di pasaran.Nasihat kepada pengguna, anda perlu berhati-hati kerana produk tiruan kerana kemungkinan ada mengandungi bahan terlarang dan hal ini boleh memudaratkan kesihatan anda.

Pastikan anda membeli produk HPM dari pengedar yang sah sahaja. Contact akak untuk dptkan product yg benar2 sah

senaman di rumah

Senaman sangat baik untuk kesihatan dan kehidupan yang sihat. Ada tips yang sesuai digunakan untuk anda melakukan senaman di rumah.

Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit.

Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Antara gerakan senaman itu ialah:
1. Turun naik tangga - elak guna lif di tempat kerja.
2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.
3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell - simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur.

Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.

Jus Mate 5 bukan untuk wanita sahaja

Jus Mate 5 adalah produk yang berkesan kepada mereka yang mengalami masalah obesiti ,bukan hanya kepada golongan wanita sahaja malah kaum lelaki juga turut digalakkan.

Kini, ramai testimoni Herba Prima Marketing (HPM) terdiri daripada kaum lelaki juga dimana mereka telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan hanya dengan menggunakan produk JM5.

JM5 selamat digunakan kepada semua golongan tidak mengira jantina lelaki mahupun wanita yang mana rata-ratanya sangat berpuas hati dengan keberkesanannya.Selain itu produk yang terdapat di HPM juga dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan sesuai digunakan kepada setiap genap lapisan masyarakat.

Pendapatan Tambahan

Ingin memiliki berat idaman, ingin kembali sihat, ingin kembali anggun, ingin menambahkan pendapatan semuanya ada di HPM, call/sms kak tie untuk keterangan lanjut 0126898481 ym fatim092002@yahoo.com , jangan teragak-agak lagi, mulakan langkah anda sekarang, jom sertai team kak tie

Pendapatan Tambahan

Selagi anda hanya melihat dan cemburu dengan kejayaan orang lain sedangkan anda masih bermasalah kewangan, kehidupan anda tidak akan berubah. "ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG NAK BERJAYA"

Perlu diingat HERBA PRIMA MARKETING bukannya MLM, imbuhan akan di terima berdasarkan kerja keras dan komitment yang anda berikan. Tiada jualan dari downline, anda tidak akan menerima komisyen.

Tema Ringkas. Imej tema oleh gaffera. Dikuasakan oleh Blogger.